18.12.13

Ceretira Politik kita

"Papa... harga tol naik" kata mimi kepada abah.

"dah tuu?" jawab abahnya.

"susahlah kita.."

"nak susah apanya?"

"nanti mi nak bawak mini copper yg papa hadiahkan tu camne? takleh nak bawah kat highway"

abahnya pikir sejenak lalu berkata,

"mimi pi belajar leklok. Dapatkan straight As +++ dalam sume exam. Dan dah besar mohon jadi menteri dan..."

"dan apa pa?"

"dan berjasa dengan papa ; kurangkan harga2 barang yg naik semua. hihihi" abahnya gelak comel.

Lalu mimi berlalu pergi. Semangat belajar kembali hadir.

***

THINK POSITIVE, ALLAH GIVE US SOMETHING GOOD FOR OUR FUTURE.

YADAYADAYADA :)


13.12.13

Ceretira Chenta


Bzzz...bzzz..zup zup... dub.. (bunyi maker pen biru diseret-seret penanya pada blank paper)

INA


***

"Ape ni bro ? sape INA ? Awek baru eh? Mana dapat? Cun...? heee.." tanya bob kpd lutfie

"... . Banyak lah kau punya awek..."

" Abistu? kakak angkat?"

" lagi r bukan"

" Adik angkat?"

"Bukan."

"Dah tu? "

"short for... I Need Allah. Sebagai reminder yg aku kena ingat Allah selalu. I need Allah in my life bro..haa kan da speaking omputih"

"glupp...(ayak liuq ditelan byk2) " *muka awestruck*



***

Bzzz bzzz..zup zup ( bunyik pena marker warna hitam ditulis besar atas Blank paper. Tulisan ala ala khat tapi ditulis dalam rumi)

ILA

"Ini apa pulak?" lutfie bertanya kepada bob

" I Love ALLAH"


6.6.13

Post pada jam 12.44 malam

Assalamualaikum and greeting to all.

Dah 2 bulan lebih aku tak update blog ni.
Tak di touch pun.
Semenjak masuk sekolah baru.


Sekolah baru,

Penuh dramatik,sarkastik, dan segala bagai.

Nak compare dengan sekolah dulu sekarang memang jauh bagai langit dengan bumi. EH tak sampai tu. Macam bulan dengan bumi!

YA!

BAGAIKAN BULAN DENGAN BUMI


Ada 5 option aku boleh compare fasal sekolah baru dan lama (walhal 6, bahkan 7 dan 8. Takpun lebih lagi tu lah)

1. Akhlak
Nak dibandingkan antara sekolah lama dgn baru memang aku lebih respek sekolah lama lah. Senakal nakal pelajar sekolah lama, nakal yang tak nakal(err...) gaduh sekali, esok baik.
Sekolah baru, nakal gak, tapi nakal. (ceh walhal sama je) Mungkin aku tak kenal mereka dengan lebih dekat lagi..^^

2. Ukhuwwah

Memang nak dibandingkan aku lebih SUKA SEKOLAH LAMA punya ukhuwwah. Lower form & Upper form macam adik beradik. Tidak mengamalkan semangat asabiah/kekitaan.

3. Kerohanian

Itu kena diperhati lebih dekat. 

4. Bertegur sapa
Perlu dikaji

5. kelangkapan
Memang tak dapat dinafikan bahawa sekolah baru kelengkapan lebih lengkap.

First time masuk sekolah baru memang hati teruja + sedih + gembira + seram dan seangkatan dengannya. Tinggal kawan lama memang bab paling sedih. Tapi demi mencari ilmu sanggup meredah. Tinggal memori lama memang bab paling tak best. Tapi secebis memori yang kekal lama dengan kita ialah memori yang dilakukan kerana Allah (ingat ayat ni. )


Sekolah baru dan lama.

Tuntasnya (perkataan mengikut prosuder SPM)

Apa ada hal
Nak dibandingkan dengan semua sekolah memang berbeza-beza. Janji hati kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

Setakat datang cuma nak tumpang famous sekolah itu ini memang akan dapat, tapi cuma dapat famous, ilmu yang barokah melayang ditiup masa yang berlalu laju.

:)



19.4.13

19/4

Cukup 2 bulan 5 hari aku tinggalkan sekolah lama.

Belajar di sekolah baru tak semudah ABC.
Nak cari ukhuwwah di MJSC bagaikan mencari lamborghini di kampung pedalaman.
Nak semai perasaan cinta islam, sayang islam, bangun islam bukan semudah 1 2 3.

Apabila terkenang,
ada yg menusuk, ada yg mencucuk, bertalu-talu. Tanpa perlindungan.

Fikir.

Silap.

Fikir.

Betul.

Fikir.

Silap.

Tak banyak yg mendorong.

Ini kalilah, hidup.

Zaman remaja, zaman susah, tak ideal, bukan medium yg sesuai utk fikir benda yg tak perlu difikir.

Right, benda yg tak perlu difikir, usah.

Perlukan bantuan, bukan cacian,
Perlukan dorongan, bukan cucukan yg melukakan,
Pelukkan, bukan tolakan.

yg pasti,

Harus bergerak dgn islam, iman mantap membawa kecemerlangan.

Iman creates excellence.

Allahu raBbi

Semoga jalan ini mudah.

('-')

9.2.13

Semakin



Semakin meningkat umur kita, semakin banyak simpang akan kita lalui.
Jalan yang selamat antara yang selamat ialah jalan berpandukan Al Quran wa As Sunnah rasulullah S.A.W

Nabi saw sendiri pernah bersabda melalui hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik, iaitu:

“Aku tinggalkan untuk kamu sekalian dua hal. Jika kalian mau berpegang teguh kepadanya niscaya kamu sekalian tidak akan sesat selama-lamanya, dua hal itu adalah kitab Allah (al-qur’an) dan sunnah Rasul-Nya (al-Hadits). (HR Imam Malik)

Semakin meningkat umur kita, semakin besar tanggungjawab kita.

Kita, pemimpin.

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya.


Semakin meningkat umur kita, semakin besar pengorbanan dan hijrah kita.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

***
La Haula Wala Quwwata illah Billah...