7.6.12

Cakerama: masalah gua ke nak potong wayar?

Salam.

Wah..Tajuk dah panas dah..fuhh.. :O
hehe
***
"Hah? ini apahal pulak ni? semalam bukan main masam muka, harini lagi bertambah masam mencuka?!" Tanya amer tatkala tangan masih pegang bola basketball.

"Ha? huh? mana ada. Tak da la..." iwan menafikan.

"Kau jangan nak tipu la bro."

"Okey la. Aku buat hal lagi hari ni"

"Apa hal ?" amer menggaru kepala yang tak gatal.

"Aku nak potong wayar phone rumah aku a.k.a wayar wifi rumah aku" jawab iwan.

"Huh! ko buang tebiat ke hape ni?" amer buat muka sambil kening double jack.

"Problem? aku rasa tidak." iwan buat muka troll face sambil tangan berbentuk V

"Cehh..bukan masalah aku. Masalah kau. Apahal kau buat camtu?"

"Aku dah sakit hati dengan ciptaan Mark Zuckerberg, ciptaan Evan Williams, ciptaan Chad Hurley, Steve Chen, Jawed Karim dan banyak lagi arhh! grrr grrr~"

"Apa kena mengena dorang dengan wayar wifi/phone ko?"

"Takde kena mengena. Cuma ciptaan dorang yang buat aku terpesona dan lama-lama sakit hati pula sebab melalaikan aku! grr. Aku ni da ar cepat terpengaruh dengan benda-benda camni. Aduhhh"

"Hoh. Terbaik la kau. potong wayar semata-mata tak nak online fb,twitter,blog,utube dan blablabla... Family kau tak marah ke yang kau potong wayar phone tu?" tanya amer selepas meneguk minuman 100plus.

"Buat apa nak marah?" iwan membetulkan cermin mata dia yang ala-ala cermin mata john lennon.

"Dah kau potong wayar phone! dah terang lagi disuluh! dah nyata lagi ditanya! cePoke kang!"

"Family aku tak marah pun" sengih iwan.

"Urh! terbaik de! apasal tak marah huh?" amer tak puas hati.

"Sebab aku tak potong lagi. Tadi kan aku kata aku NAK potong. Tapi belum potong. Ada faham?"

"Cisss! ingatkan dah potong" kening amer terangkat sebelah. Mulutnya terkumat-kumit bagaikan pawang baca jampi serapah. Hatinya menyumpah serana sebab dia kena troll dengan dirinya sendiri.

Padan Muka.

"iwan, aku ada ayat nak bagi kat kau. Ni aku jumpa kat facebook. Elok untuk kita-kita yang masih muda tatkala rintangan mula hampir dan hampir. Bukan apa. Kat internet sekarang ni macam-macam. Kadang-kadang kita tak sedar kita terbuat maksiat. Sedar atau tak. Hati,mata,telinga,mulut,badan dah lakukan maksiat" kata amer.


"Hebat.Awesome. Terima kasih bagi ayat ni. May Allah guide us" balas iwan.

"Sama-sama.Aminn...InshaAllah"  :]


***

ohh. ini post 196 sejak sept 2009. Semoga tidak menimbulkan perselisihan sama ada dari segi kefahaman, mentaliti, jiwa, atau apa jua jurang perbandingan didalam post-post sebelum ni ataupun benda-benda dalam blog ni.

KualaTerengganu|Best time with family.Semua  perkara duniawi aku lupakan.Buku,komik,artwork,photoshop,internet,bolasepak,mtz fc,game,bundle. :]
time ni tengah feeling2 termenung masa depan. fikir Pasal hubungan dengan ALLAH,pasal pmr, dia, family,keropok lekor dgn satar(sedap oo),petronas, math,barab, bintang,apin dan blablabla lagi lah. saliva-r.i.p dgn koln-creep dalam otak tu | Memories.
jadi aku ambil keputusan untuk buka buku baru.(cis padahal dah lebih lima kali aku buat keputusan ni sejak tahun lepas. Takda perubahan. InshaAllah yang kali ni ada.)

Allah lebih tau segala-galanya

:]


New Book

Daa... 

No comments:

Post a Comment