19.10.12

Untitled think


Matanya digosok-gosok. Di alihkan matanya ke arah jam laptop, 4.00 petang. Kejap lagi bangunlah dia usai azan asar. “Kejap lagi asar. hmm apekebende aku cari ni.”. Ingatkan nak buat research pasal perang masa zaman kelahiran Abu Jaafar Umar Bin Abdul Aziz khalifah bani umaiyah yg ke 6 tu. Tapi dah terpesong buka lagu entah apa. Dipandang lagi jam kat laptop, 4.02 petang. Huh fikiran dia kusut, entah macam ada benda yg best je kat jam laptopnya. “Bila nak asar ni...”

Dia lihat pula alam sekeliling di luar tingkap. “Nice view, tak menyesal aku datang perlis ni. Kat sini lain dari yg len. Taknak balik selangor lah camni. hihi” hati dia berdialog sendiri.

Tiba-tiba lagu saat lafaz sakinah- far east bergendang gendung daripada laptopnya. Ah apesal tiba-tiba keluar lagu ni. Dari mana keluar lagu ni. Sesat sesat. Tetiba hati dia teringat sesuatu...

“Akhi acane nk lupakan seseorang?”

“Apesal kau tanya camtu? kau clash cinta ke?”

“Tak tak.. bercinta pun tak pernah. Tapi aku dah tercinta pulakk”

“Dgr hujah akhi ni ye? Jika kita nak cinta seseorang kita akan dapat cinta seseorang itu. Sebagai contoh, jika kita cinta siti, kita akan dapat cinta siti. Jika kita cinta lisa, kita akan dapat cinta lisa. Jika kita cinta sarah, kita akan dapat cinta sarah. Tetapi jika kita cinta Allah, kita akan dapat cinta Allah dan cinta manusia sekeliling. Kerana kita akan bersikap baik jika kita cinta kepada Allah, oleh itu senanglah manusia lain mendekati dan mencintai kita. Jadi, cintalah Allah, tuhan kita jika kita nak dapat cinta Hamba Allah.”

“hmm..”

“tak payah nk bercinta sngt lah, kau tu muda lg. Rugi lah jika tak mnikmati ilmu masa muda”

“hmmm..”

Dia tersedar dari lamunan. Azan asar dah berkumandang. Masa untuk berhubung dengan Allah. Minta ketenangan. Dia bangun dan berlalu pergi...

No comments:

Post a Comment